45 kali terlepas bayar tol, jumlah tunggakan RM275.65 telah dilangsaikan serta-merta 👀 #kantoi pic.twitter.com/rk3SXrqHSE
— PROLINTAS AKLEH (@AKLEHtrafik) January 9, 2023
Semalam tular satu ciapan menerusi akaun Twitter rasmi PROLINTAS AKLEH mengenai seorang pemandu kereta jenis Mercedes Benz A-Class berwarna hitam yang telah di tahan di plaza tol Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH).
Puncanya, pemandu wanita berkenaan didapati culas membayar tol. Ini bukan kali pertama dia didapati berbuat demikian dan telah 45 kali terlepas membayar tol.
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
Jumlah tunggakan adalah sebanyak RM275.65 dan telah pun dilangsaikan serta-merta. Dalam masa yang sama pihak Prolintas turut menasihati para pengguna lebuh raya yang lain supaya menjadikan kes ini sebagai iktibar.
Mereka turut memberi amaran supaya jangan meniru ‘aksi tidak bermoral‘ ini kerana ia bukan sahaja dianggap sebagai menceroboh, malah perbuatan tersebut juga membahayakan kenderaan yang lain.
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan wanita berkenaan dan ada memberikan cadangan supaya kesalahan seperti ini perlu dikenakan saman atau kompaun di mahkamah.
Ada juga yang pernah menjadi mangsa perbuatan ‘busuk’ ini dan telah beberapa kali terkena. Dah masuk 2023 pun masih ada yang berperangai sebegini ye? Harap ada tindakan lebih tegas diambil oleh pihak pengendali lebuh raya selepas ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit PROLINTAS AKLEH
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
KOMEN TERKINI