ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Chery OMODA 5 dan Tiggo 8 Pro masih diuji, sampai ke Kuantan weh!

Foto Intip

Views

Petang tadi penulis ‘agak bertuah’ kerana terserempak dengan kelibat unit ujian Chery OMODA 5 dan Tiggo 8 Pro semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Kedua-dua unit ujian yang masih mengenakan sedikit pelitup penyamaran itu ditemui di Jalan Pintasan Kuantan (Kuantan Bypass) menghala ke Bukit Rangin.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Besar kemungkinan OMODA 5 dan Tiggo 8 Pro itu masih menjalani ujian ketahanan dan keandalan (reliability) memandangkan jarak perjalanan kali ini boleh dikatakan agak jauh.

Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah kedua-dua model SUV tersebut akan dilancarkan ke pasaran. Bulan Oktober tahun lalu (2022), Chery telah mengadakan sesi pratonton lima model terkininya kepada para media, bakal pengedar dan rakan niaga.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Lima model tersebut terdiri daripada OMODA 5Tiggo 4 ProTiggo 7 ProTiggo 8 Pro dan Tiggo 8 Pro PHEV. Dalam artikel terdahulu, OMODA 5 telah berjaya meraih penarafan keselamatan penuh lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

OMODA 5 menampilkan bahasa reka bentuk ‘Art in Motion’ yang futuristik dan teknologi pintarnya, termasuk Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) dan skrin berkembar yang luas.

Ahli terbesar siri Tiggo Pro, iaitu Tiggo 8 Pro pula disasarkan kepada para usahawan dan profesional melalui gabungan teknologi, sentuhan premium serta versatiliti tujuh tempat duduk.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply