ARKIB

KATEGORI

Buletin

Papan tanda jalan di Selangor hanya guna Bahasa Melayu sahaja – Amirudin Shari

Berita Tempatan

Views

Menurut hantaran terkini menerusi laman Facebook rasmi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, kerajaan  negeri Selangor telah menetapkan semua papan tanda jalan negeri tersebut hanya akan menggunakan Bahasa Melayu sahaja. Menurutnya, ia selaras dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 1967.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Tambahnya lagi, perihal ini turut mendapat perhatian DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah dan menasihatkan kerajaan negeri Selangor untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Pendirian kerajaan itu juga adalah selaras dengan komitmen Pakatan Harapan yang komited mempertahankan beberapa teras utama perlembagaan seperti kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Dalam kenyataan media itu juga, Amiruddin berkata DYMM Sultan Selangor telah berkenan untuk menamakan semula Jalan Semangat di Petaling Jaya kepada Jalan Profesor Khoo Kay Kim bagi mengenang segala jasa dan bakti mendiang ahli akademik itu kepada negara.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply