ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Ini rim Saga facelift 2019 varian Premium yang sebenar ke?

Foto Intipan

Views

Jeng, jeng, jeng… macam pernah kita lihat kan rekaan rim aloi sebegini? Agak-agak sama tak dengan gambaran rim aloi 15 inci Proton Saga facelift 2019 varian Premium yang kami buat dalam artikel terdahulu? Nampak macam sama je kan?

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Foto ini telah dimuat naik ke laman group Facebook Proton Saga VVT Community (Malaysia) oleh salah seorang adminnya, Muhd Faris Farhad. Dari sudut ini nampak rekaan rim 15 inci baharu ini lebih segak dan sporty. Rekaan rim ini walaupun nampak ringkas dan tidak terlalu ranggi, tetapi sudah cukup untuk mengubah penampilan Saga yang dikategorikan sebagai ‘warga emas’ jika mengikut umur sebenarnya (dari generasi pertama) .

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Rim berbentuk lima bilah berkembar yang dihasilkan menerusi teknik potongan berlian (diamond cut) dengan kemasan dwi-tona ini adalah buatan vendor tempatan. Proses pembuatannya pula dipantau rapi oleh Proton dan ia diterajui oleh kakitangan dari Geely.

Kami difahamkan lebih dari 30 sampel telah dihasilkan sebelum ia diluluskan untuk ke fasa pengeluaran. Sekali imbas rekaan rim ini nampak seperti rim BMW atau Mercedes-Benz dalam skala yang lebih kecil. Ketika ini Saga facelift 2019 dalam fasa pengeluaran massa dan dijangka diperkenalkan seawal bulan ini atau Ogos nanti. Kelibat unit ujiannya juga masih lagi kelihatan di jalan raya baru-baru ini.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply