ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pasaran EV di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2030

Berita Tempatan

Views

Pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) lebih 31 peratus menjelang 2030.

Berita Harian melaporkan, Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata berdasarkan kajian Macquarie, pasaran EV yang merangkumi kenderaan hibrid dan dikuasakan bateri diramalkan menyumbang 17 peratus kepada jualan tahunan baharu dalam tempoh kurang 10 tahun akan datang.

Pertumbuhan EV di Malaysia akan dipacu perkembangan infrastruktur pengecasan hasil komitmen Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) serta Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang melihat potensi dalam program ChargeEV.

Menjelang 2030, TNB menjangka pasaran EV berkembang kepada 18,000 titik pengecasan untuk 524,409 kenderaan elektrik dikuasakan bateri (BEV) di atas jalan, dengan pendapatan berasaskan elektrik tahunan sebanyak RM1.25 bilion bersamaan dengan potensi 4.4 juta tan pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO2).

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Macquarie Group, Shemara Wikramanayake dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift.

Abdul Wahid berkata, perkembangan EV di Malaysia juga berterusan dengan Shell dan Petronas iaitu dua jenama terkemuka di Malaysia telah mengembangkan tawaran dalam industri berkaitan.

Katanya, pada separuh pertama, Shell melancarkan perkhidmatan Pengecasan Pantas 180kWh Shell dengan langganan tahunan dan pilihan bayar setiap penggunaan, manakala Petronas Dagangan Bhd memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan JOMCharge untuk memasang pengecas pantas di stesen Petronas.

Pada September lalu, Petronas melancarkan pembekal penyelesaian tenaga bersihnya Gentari yang menyasarkan, antara lain, penghantaran 25,000 titik pengecasan awam merentasi pasaran utama mereka di Asia Pasifik menjelang 2030.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, pengeluar teknologi bateri Korea Selatan terkemuka di dunia, Samsung SDI Energy telah mengumumkan pelaburan sebanyak RM7 bilion untuk kemudahan pembuatan bateri canggih yang akan mewujudkan 1,300 pekerjaan baharu.

Katanya, kemudahan itu dijangka memiliki keupayaan untuk menghasilkan sehingga kira-kira 800 juta sel bateri setiap tahun.

Ini adalah kawasan pertumbuhan yang menarik dengan potensi besar untuk mewujudkan manfaat ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Tambah Abdul Wahid, adalah penting untuk kita terus menyokong industri yang boleh menjana aspek kemajuan ekonomi dan perubahan alam sekitar ini. Di sinilah Pasaran Karbon Sukarela Bursa Malaysia (VCM) akan memainkan peranan penting.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply