ARKIB

KATEGORI

Tular

Berlagak marshal tahan kenderaan, polis cari lima individu penyokong parti politik

Tular

Views

Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai pengiring (marshal) konvoi motosikal yang memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada lapan kenderaan sebuah parti politik di lampu isyarat Taman Desa Dahlia, Senawang di Seremban.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff, berkata rakaman video yang tular itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal yang membawa bendera parti politik yang sama dan menghalang laluan di lokasi berkenaan kelmarin.

Pada jam 6.47 petang Isnin lalu, tular satu rakaman berdurasi 33 saat berkaitan sekumpulan penunggang motosikal yang menghalang dan mengganggu kelancaran lalu lintas serta pengguna jalan raya lain yang melalui jalan itu.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Dalam video itu merakamkan aksi lima penunggang motosikal dengan membawa bendera parti politik menahan kenderaan di simpang empat lampu isyarat di lokasi.

Ia bagi memberi laluan lapan kenderaan yang dipercayai daripada parti politik yang sama. Kejadian itu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Beliau berkata, pihak polis kini sedang mengesan semua pemandu dan penunggang yang terbabit dalam kejadian itu.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Tindakan mereka sebagai marshal dengan menahan dan mengawal kenderaan melalui lampu isyarat adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 21(1) Akta Polis 1967. Tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Seksyen 94 Akta Polis 1967.

Individu yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas, hukuman individu yang melakukan kesalahan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih RM2,000.

Ahmad Dzaffir turut menasihatkan semua parti politik supaya tidak melanggar undang-undang jalan raya ketika dalam tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply