ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu Corolla Altis tersilap masuk gear undur, ‘Mak Guard’ cedera

Tular

Views

Seorang pengawal keselamatan cedera selepas sebuah kereta tersilap masuk gear undur memasuki pasar raya, dalam kejadian di Taman Dato Lela Manja, dekat Rembau malam tadi.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa wanita cedera ringan dan dihantar ke Hospital Rembau, untuk mendapatkan rawatan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berkata hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Toyota Corolla Altis itu dikatakan baru sahaja selesai membeli-belah di premis berkenaan.

Jelasnya, ketika mahu memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah, lelaki berusia 46 tahun itu dikatakan tersilap masuk gear undur lalu kereta dipandunya hilang kawalan dan bergerak masuk ke pasar raya itu.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Kejadian berlaku berhampiran pintu masuk premis itu. Kereta berkenaan dikatakan terlanggar seorang wanita berusia 56 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ.

Terdahulu tular satu video di laman sosial memaparkan sebuah kereta putih dengan bahagian belakangnya berada di dalam sebuah pasar raya berdekatan pintu masuknya.

Beberapa lelaki dilihat tidak berpuas hati dengan kejadian itu dan memarahi pemandu kenderaan berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply