ARKIB

KATEGORI

Buletin

PDRM lancar portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman

Berita Tempatan

Views

Bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran saman trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil satu inisiatif dengan memperkenalkan portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman petang ini. Ia juga bersempena dengan sambutan Hari Polis Ke-214 yang juga jatuh pada hari ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), memaklumkan majlis pelancaran itu nanti disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Abdul Hamid Bador. Nama MyBayar Saman dipilih sendiri oleh beliau bagi menyokong dasar kerajaan melalui Pelan Strategik e-Pembayaran Sektor Awam dan Pelan Pelaksanaan Peningkatan Dalam Talian Kerajaan Secara End to End.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

MyBayar Saman dilancarkan selaras dengan objektif MYDIGITAL, iaitu sebuah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran nirtunai menjelang tahun 2022. Jom mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui portal https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi di Google playstore atau Apple store untuk mendapatkan diskaun saman 50 peratus bermula 25 Mac 2021 hingga 11 April 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply