ARKIB

KATEGORI

Buletin

Buang sampah di petak parkir – MBPP bakal ambil tindakan tegas ke atas pemandu Bezza ini

Tular

Views

Baru-baru ini tular satu rakaman video memaparkan gelagat pemandu Perodua Bezza yang ‘tanpa rasa bersalah’ membuang sampah dari keretanya di petak parkir di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown. Video yang menerima pelbagai reaksi dan kecaman dari wargamaya itu turut mendapat perhatian daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Menerusi satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya, MBPP bakal mengambil tindakan tegas terhadap tersebut. Tambah kenyataan tersebut, MBPP memandang serius dan tindakan yang tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang mengotorkan bandar raya kita.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Tindakan di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 yang membawa hukuman denda sehingga RM500 boleh dikenakan kepada individu yang melakukan kesalahan. Sabitan kedua atau seterusnya pula boleh didenda sehingga RM1,000.

MBPP dalam masa yang sama turut menyarankan orang ramai untuk menjadi ‘mata dan telinga’ dengan melaporkan kepada pihak berkuasa agar sama-sama bertanggungjawab memelihara kebersihan bandar raya tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply