Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) bersama Funding Societies, telah memeterai perjanjian kerjasama bagi memberi akses mudah kepada pembiayaan menerusi platform kewangan digital.
Kerjasama ini memberi tumpuan kepada sokongan kewangan yang diperlukan oleh ahli PEKEMA yang terdiri daripada pengimport dan peniaga kenderaan dari seluruh pelosok Malaysia.
Ini sekali gus, menunjukkan semangat dan dedikasi PEKEMA untuk memperkasakan ahli-ahlinya serta mengangkat martabat industri automotif Malaysia.
Pemangku Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin, berkata kerjasama itu mempunyai potensi besar untuk memberikan impak positif kepada industri automotif negara.
Ujar beliau, satu daripada aspek utama perjanjian ini adalah memberikan sokongan kewangan yang lebih kukuh kepada ahli PEKEMA untuk memudahkan pembelian stok kenderaan bagi tujuan “floor stocking“.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Langkah ini penting dalam memastikan kelancaran perniagaan mereka serta untuk memenuhi permintaan pelanggan dengan efisien.
Kerjasama dengan Funding Societies ini juga selaras dengan misi PEKEMA untuk memperkukuhkan kedudukan industri automotif Malaysia dalam menghadapi transformasi global menerusi penggunaan teknologi dan kerjasama yang dinamik.
Tahun lalu, PEKEMA memainkan peranan penting dengan mengimport lebih daripada 46,000 kenderaan dan menjual kira-kira 37,000 unit daripadanya, memberikan sumbangan sebanyak 5.2 peratus kepada jumlah penjualan industri kenderaan (TIV).
Dalam suasana pertumbuhan ekonomi Malaysia yang stabil serta pelancaran model-model baharu, TIV bagi tahun ini dijangka akan mencapai 725,000 unit, mengikut unjuran pasaran.
Dengan lebih daripada 340 pengedar, 400 gudang berlesen dan bilik pameran di seluruh negara, PEKEMA berada dalam kedudukan kukuh untuk terus memainkan peranan utama dalam pasaran automotif.
Menurut Ketua Negara Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon, kerjasama ini melahirkan konsep pembiayaan stok kenderaan yang berevolusi oleh Funding Societies dan diintegrasikan ke dalam rangkaian luas PEKEMA, sebanyak hampir 300 Pemegang Permit (AP) yang diluluskan.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Mekanisme pembiayaan ini membolehkan pemegang AP untuk memperluaskan stok kenderaan mereka, meredakan tekanan aliran tunai, dan memudahkan pengembangan perniagaan.
Pada tahun 2022, sektor automotif Malaysia menyumbang sebanyak RM64.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), terutamanya didorong oleh pemulihan permintaan pasca pandemik.
Anggaran menunjukkan bahawa angka ini dijangka meningkat kepada RM104.2 bilion menjelang tahun 2030. Walau bagaimanapun, segmen tertentu dalam industri ini menghadapi pelbagai cabaran, termasuk akses terhadap pembiayaan.
Dalam konteks ini, kerjasama antara PEKEMA dan Funding Societies bertujuan untuk menangani isu-isu ini dengan menawarkan penyelesaian pembiayaan khusus yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai pengedar kenderaan yang sedang berkembang.
Tambah Chai, program pembiayaan ini menawarkan pelbagai faedah kepada pemegang permit AP, termasuk kos pembiayaan yang lebih rendah, had pembiayaan yang lebih tinggi, tempoh kredit sehingga 120 hari, dan proses permohonan yang dipermudahkan.
Pemegang permit yang menepati kriteria diperlukan iaitu pemilik syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad, sekurang-kurangnya 30 peratus pegangan saham oleh rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya satu tahun operasi perniagaan yang aktif dan tiada tindakan undang-undang atau litigasi yang belum selesai boleh memohon pembiayaan ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI