Orang ramai memuji keprihatinan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan menulis sendiri aduan mengenai jalan rosak di Sabah ketika lawatannya di negeri itu baru-baru ini.
Melalui sebuah video yang tular di media sosial, Raja Permaisuri dilihat menulis sendiri aduan tersebut sebaik sahaja mendengar aduan itu daripada penduduk.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Raja Permaisuri Agong turut dilihat bersalaman bersama individu yang membuat aduan itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna berharap aduan yang ditulis sendiri oleh Permaisuri Agong dapat memberi perubahan kepada keadaan jalan raya di sekitar Sabah.
“Macam inilah bagus Tuanku turun padang dengar sendiri perasaan rakyat jelata,” kata Bacelor Pau. “Terbaik Malaysia, punyai YDPA Agong dan PM yang sangat Prihatin kepada Rakyat,” kata Hazzem.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
“Daulat Tuanku..terbaik! Catat dia semua tuanku,” kata Izz. Video tersebut kini telah mendapat kira-kira 130,000 tontonan di TikTok.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua berangkat tiba di Sabah sempena Kembara Kenali Borneo bagi merealisasikan impian Baginda menelusuri Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI