ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Malaysia mula acah model Innova Zenix 2023, bakal dilancarkan Rabu ini!

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Toyota Malaysia mula menyiarkan iklan acah model baharu yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 21 Jun (Rabu) ini.

Model yang bakal dilancarkan nanti adalah MPV 7-tempat duduk, generasi ketiga Innova atau Innova Zenix 2023. UMW Toyota Motor (UMWT) juga telah mula membuka pendaftaran minat menerusi PAUTAN ini.

Mereka yang berminat boleh mengisi borang di pautan tersebut dan di situ juga terdapat jam untuk mengira detik pelancaran. Bakal ‘seteru terkuat’ Proton X90 ini telah membuat debut sulungnya di Indonesia pada November 2022.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ia dibina dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA-C) dengan pacuan roda hadapan, tidak seperti generasi sebelumnya yang menggunakan ‘kerangka tangga’, Innovative International Multipurpose Vehicle (IMV).

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,755 mm panjang , 1,850 mm lebar dengan jarak antara gandar roda 2,850 mm, manakala jarak lega tanahnya pula, 185 mm. Di Indonesia, model ini ditawarkan dengan dua pilihan rangkaian kuasa, iaitu petrol dan hibrid.

Versi petrol dikuasakan oleh enjin M20A-FKS 2.0 liter empat-silinder yang menjana 174 PS dan 205 Nm daya kilas. Enjin ini disambungkan kepada transmisi CVT.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Untuk hibrid pula, ia dijana enjin Dynamic Force 2.0 liter dengan output sebanyak 152 PS dan 187 Nm daya kilas yang digandingkan bersama motor elektrik berkuasa 113 PS dan 205 Nm daya kilas.

Ini bermakna, kombinasi rangkaian kuasa ini mampu menghamburkan output keseluruhan sebanyak 186 PS. Kuasa disalurkan menerusi kotak gear e-CVT. Versi hibrid ini juga dilengkapi dengan pek bateri jenis logam-nikel hidrida (Ni-MH).

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dengan Pengurangan Lengkung Kelajuan, Bantuan Jejak Lorong (LTA) dan Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB).

Di Indonesia, Innova Zenix dengan pilihan varian, iaitu G, V dan Q dengan harga bermula dari Rp 423 juta (RM130,189) bagi varian asas petrol, manakala harga varian asas versi hibrid bermula dari Rp 464 juta (RM142,834).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Toyota Malaysia

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply