ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelajar harapan sekolah cedera parah dalam kemalangan semasa mencari capaian internet untuk PdPR

Berita Tempatan

Views

Hanya kerana ingin mendapatkan capaian internet, seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Hussein, Selama cedera parah dan dimasukkan ke hospital apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Rantau Panjang – Selama pada Jumaat lalu.

Menurut K! ONLINE, dalam kejadian pada pukul 9.45 pagi itu, pelajar tersebut, Siti A’isyah Mohd Idris, 17, yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 patah peha kiri manakala tulang rahang mulutnya terpaksa dijahit.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Kemalangan berlaku ketika dia dalam perjalanan ke rumah bapa saudaranya untuk mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) secara atas talian disebabkan sukar mendapatkan capaian internet di rumahnya.

Jelas kakak mangsa, Siti Nurzulfa, 23, adiknya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis BMW dan kini masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping, namun keadaannya dilaporkan stabil.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Ujar Siti Nurzulfa, sejak sesi PdPR bermula, adiknya berulang-alik dari rumah mereka di Kampung Baru Batu 3 ke Taman Permai 2, Selama kira-kira tujuh kilometer dengan menunggang motosikal bagi mendapatkan liputan internet selain tidak mahu ketinggalan mengikut pembelajaran.

Katanya, A’isyah setiap hari terpaksa berulang alik untuk mengikuti kelas atas talian kerana dia merupakan pelajar harapan sekolah. Dia yang juga pelajar aliran sains merupakan harapan sekolah pada SPM kali ini.

Tambahnya lagi, walaupun malang tidak berbau, tetapi sekiranya capaian internet baik di kampung A’isyah tidak perlu berulang-alik ke sana.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply