ARKIB

KATEGORI

Buletin

Konkrit pengadang jalan sempadan Selangor – Pahang yang dialih telah ditutup semula

Berita Tempatan

Views

Konkrit pengadang jalan di sempadan antara Selangor dan Pahang di Batu 24, Gombak telah dialihkan oleh individu tidak bertanggungjawab pada Jumaat lalu.

Menurut Sinar Harian, Ketua Perhubungan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Mukim Setapak, Jamaludin Muhyuddin berkata, perkara itu disedari anggotanya ketika membuat rondaan sekitar jam 4.30 petang pada hari kejadian.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jelasnya, dipercayai perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang mahu menggunakan jalan lama itu bagi mengelak menempuh sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak.

Susulan daripada itu, beliau telah maklumkan kepada kepada Penghulu Mukim Setapak yang kemudian telah memanjangkan perkara tersebut kepada pihak berwajib. Sekitar jam 1 tengah hari Sabtu, jalan tersebut telah ditutup semula.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Selain memasang pengadang konkrit, halangan berbentuk timbunan tanah turut dilakukan bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengalihkan lagi pengadang jalan tersebut.

Katanya, situasi sama berlaku sebanyak tiga kali sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu. Sebelum ini anggota Rela ada berkawal di lokasi cuma pada PKP 3.0 ini, ia diubah kepada rondaan berkala sahaja.

Merosakkan pengadang jalan itu satu tindakan yang tidak wajar dan penduduk setempat kurang senang dengan kejadian itu. Mereka turut berharap pengguna akur dengan penutupan jalan itu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa PKP 3.0.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply