ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelaksanaan e-Invois dijangka tiada impak besar – MAA

Berita Tempatan

Views

Institusi kewangan dan pengedar kenderaan dijangka tampil dengan tawaran lebih baik untuk mengimbangi pelaksanaan e-Invois mulai bulan hadapan.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, persatuan itu percaya tidak wujud impak besar ke atas jumlah keseluruhan industri (TIV) atau jualan kenderaan meskipun e-Invois dikatakan menjejaskan tawaran pinjaman penuh yang ditawarkan kepada pelanggan.

“MAA berpendapat tiada kesan besar disebabkan pelaksanaan e-Invois. Pihaknya percaya pengedar dan bank akan menawarkan pakej lebih baik untuk mengimbangi tawaran tanpa pinjaman penuh.

“Kebiasannya, pinjaman penuh ditawarkan kepada kakitangan kerajaan meskipun ia tidak termaktub dalam peraturan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Justeru, dengan pelaksanaan e-Invois, sudah pasti pengedar dan bank akan mengemukakan tawaran lain,”

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Beliau berkata demikian semasa taklimat media prestasi sektor automotif separuh pertama dan sidang media Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS’24) di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Shamsor berkata, MAA melihat pelaksanaan e-Invois dapat meningkatkan kecekapan operasi pengeluar kenderaan.

“Sebenarnya tiada isu dengan pinjaman penuh dan bayaran pendahuluan sebab ia adalah peraturan yang ditetapkan BNM. “Justeru, pihaknya tidak melihat impak besar kepada jualan kenderaan,” katanya.

Berhubung jangkaan pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95, beliau menjelaskan, ahli MAA akan meletakkan strategi tertentu termasuk memperkenal rangkaian kuasa hibrid dan kenderaan cekap tenaga.

“Walaupun tiada ketetapan bila penyasaran subsidi RON95 akan dilaksanakan, pihaknya akan memberi tumpuan kepada pengenalan rangkaian kuasa cekap tenaga.

“Perkara sama juga dilakukan (tumpuan kenderaan cekap tenaga) berikutan tiada lagi subsidi diesel,” katanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Semalam, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Miti tidak melihat impak ke atas TIV atau jualan kenderaan tahun ini berikutan pelaksanaan e-Invois secara berperingkat mulai Ogos.

Katanya, pelaksanaan e-Invois yang bermula bulan depan hanya membabitkan syarikat dengan jumlah jualan tahunan melebihi RM100 juta, di mana syarikat pengedar kenderaan tidak akan terjejas dengan mekanisme baharu invois berkenaan.

Akhir Jun lalu, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penggunaan e-Invois secara berperingkat berdasarkan nilai ambang hasil jualan perniagaan mulai bulan depan.

Fasa pertama pelaksanaannya akan membabitkan syarikat besar dengan perolehan jualan tahunan melebihi RM100 juta.

Ia diikuti pelaksanaan fasa kedua membabitkan syarikat dengan perolehan tahunan sebanyak RM25 juta hingga RM100 juta mulai Januari 2025.

Semua perniagaan, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan diwajibkan untuk mengeluarkan e-invois mulai 1 Julai 2025. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply