ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelanggan lari tanpa bayar upah baiki kereta BMW, pemilik bengkel dan 2 pekerja cedera

Berita Tempatan

Views

Seorang pemilik bengkel kereta dan dua pekerjanya cedera di Taman Setia Tropika di Johor Bahru, kelmarin ketika cuba menghalang pelanggan melarikan kenderaan BMW yang siap dibaiki tanpa membayar kos penyelenggaraan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.54 malam daripada lelaki berusia 29 tahun yang pemilik bengkel.

“Berdasarkan laporan itu, Sabtu lalu kira-kira 12 tengah hari, lelaki berusia 40-an datang ke bengkel mangsa untuk membaiki kerosakan kereta yang dianggarkan bernilai RM38,000.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

“Kelmarin, kira-kira 8 malam, pelanggan sama datang semula ke bengkel itu bersama rakannya berusia 40 tahun dan berpura-pura mahu memandu uji keretanya, namun mereka bertindak melarikan kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataannya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika kejadian, mangsa ada menyuruh pekerjanya, lelaki berusia 23 tahun untuk mengikuti suspek ketika ujian pemanduan kerana bimbang pelanggan itu melarikan kereta tanpa membuat bayaran.

Katanya, ketika di kawasan Taman Bukit Kempas, suspek meminta pekerja bengkel itu memeriksa but kereta, namun rakan suspek tiba-tiba menyembur pemedih mata ke arah lelaki terbabit sebelum melarikan kenderaan berkenaan.

“Mangsa (pemilik bengkel) cuba menahan kereta dipandu suspek yang melintasi bengkelnya dengan berpaut pada cermin sisi kereta di lampu isyarat tetapi cuba dilanggar oleh suspek.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

“Seorang lagi pekerja bengkel berusia 29 tahun cuba mengejar suspek dengan menunggang motosikal tetapi dihimpit kenderaan dipandu suspek sehingga terjatuh,” katanya.

Balveer Singh berkata, akibat kejadian itu, mangsa dan dua pekerjanya mengalami kecederaan, manakala kerugian dianggarkan RM43,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 324 kanun sama. Kes turut disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nazarul Izwan Abdul Manaf di talian 019-3811817. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply