ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Mitsubishi Xpander facelift 2024 kini dibuka – Harga anggaran RM115k, enjin dan transmisi masih sama

Berita Tempatan

Views

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari secara rasminya membuka tempahan untuk model Xpander facelift 2024 dengan anggaran harga pengenalan RM 115,000 (tempoh terhad sahaja).

 

Selain itu, 500 pelanggan terawal yang membuat tempahan secara dalam talian menerusi Mitsubishi Online Showroom akan menerima Naturehike Camping Wagon bernilai RM400 secara percuma.

Hanya satu varian sahaja yang ditawarkan iaitu Xpander Plus dan ia ditawarkan dengan empat pilihan warna yang terdiri daripada Red Metallic, Graphite Gray, Diamond Black Mica dan Quartz White Pearl.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Model pemasangan tempatan (CKD) di Pekan, Pahang itu kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar dengan rekaan ‘Dynamic Shield‘ dengan bahagian atas jeriji diberi kemasan hitam, manakala bahagian bawahnya pula dihiasi kemasan jejaring berbentuk sarang lebah.

Perubahan lain adalah pada bampar depan serta belakang, lampu depan LED yang kini berbentuk huruf-T melintang, lampu siang LED dan jejalur cahaya pada lampu belakang LED.

Ruang kabin Xpander facelift turut mengalami perubahan, terutama sekali rekaan papan pemuka serba baharu, unit inforia 9 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, serta paparan kelompok 4.2 inci TFT LCD di bahagian pemandu.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Antara ciri-ciri baharu yang lain termasuklah port pengecasan niwayar, unit kawalan pendingin hawa digital, kerusi dengan kemasan kulit buatan (leatherette), plat injak sisi, perakam video digital (dashcam) dan visor pintu.

Ia juga tampil dengan jarak lega permukaan pada 225mm yang lebih 20 mm tinggi berbanding versi sebelumnya. Ruang bagasinya juga agak luas dengan kapasiti 837 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

Xpander facelift 2024 masih mengekalkan enjin 1.5 liter Mivec DOHC 16-injap dengan output sebanyak 105 PS pada 6,000 rpm dan 141 Nm daya kilas pada 4,000 rpm yang masih lagi dipadankan dengan transmisi empat-kelajuan automatik (4AT).

Dari segi keselamatan, Xpander facelift 2024 ditawarkan dengan dua beg udara, ABS, Isofix, EBD, Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Isyarat Henti Kecemasan (ESS).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply