ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu dan penumpang Honda Jazz ini terselamat walaupun kereta terperosok antara dua buah lori!

Tular

Views

Meremang bulu roma penulis semasa kali pertama menonton video kemalangan ngeri ini. Mahu tidaknya, kerana melihat sebuah kereta kompak Honda Jazz terperosok dan terpenyek setelah terhimpit antara dua buah lori! Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut telah tular di media sosial dan ia dikatakan berlaku di daerah Xianyou, China Isnin lalu.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Jika diikutkan sebelum kejadian, pemandu kereta itu telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjarakkan diri dari sebuah lori pembancuh simen yang berhenti di lampu isyarat. Namun secara tiba-tiba datang sebuah lori jongket (tipper) dari arah belakang, lalu merempuh kereta tersebut dan menyeretnya hingga menghentam belakang lori pembancuh simen yang berada di hadapan.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Laporan dari portal Daily Mail berkata, akibat dari hentaman yang kuat kereta itu terhimpit dan terperosok di antara dua buah lori tersebut, namun kedua-dua wanita di dalamnya terselamat dan hanya mengalami kecederaan. Menurut pihak polis, pemandu lori jongket itu dikatakan gagal untuk memerhatikan keadaan jalan dan telah merempuh kenderaan di hadapannya.

Pihak berkuasa melaporkan, mangsa telah dikejarkan ke hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil. Kedua-dua wanita tersebut pula merupakan guru wanita yang mengajar di sebuah sekolah tempatan, menurut laporan dari media tempatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply