ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ Pahang bakal adakan Lelongan Awam Kenderaan Sita pada 20 Februari ini

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasminya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang mengumumkan bakal mengadakan acara Lelongan Awam Kenderaan Sita untuk pelbagai jenis kenderaan pada 20 Februari 2020.

Lelongan bakal berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks JPJ Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota, Kuantan bermula jam 8.30 pagi. Berikut adalah jumlah dan jenis kenderaan yang bakal dilelong:

  • Motosikal – 20 buah
  • Motokar – 36 buah
  • MUV/MPV – 16 buah
  • Lori kecil – 2 buah
  • Pacuan empat roda/Jip – 2 buah
  • Window Van – 1 buah

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Orang ramai yang berminat perlu mendapatkan dokumen lelong yang akan mula dijual dari 3 Februari 2020 hingga 18 Februari 2020, bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Mereka boleh membeli dokumen ini di Unit Kewangan, Bahagian Pengurusan, JPJ Negeri Pahang dengan harga RM50.00 senaskah. Sila bawa kad pengenalan asal beserta salinan. Untuk pengetahuan semua, dokumen lelong ini tidak akan dijual pada hari lelongan.

Semasa hari lelongan (20 Februari 2020), pembida perlu membawa bersama dokumen lelong dan kad pengenalan asal. Mereka diminta mendaftar terlebih dahulu pada pagi hari lelongan sebelum dibenarkan masuk ke dewan lelongan.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Pada 17 dan 18 Februari 2020, pihak JPJ Pahang akan mengadakan pemeriksaan awam bermula jam 9.00 pagi – 12.45 tengah hari / 2.00 petang – 4.30 petang. Kenderaan yang bakal dilelong itu nanti adalah seperti keadaan semasa pemeriksaan awam dilakukan.

Bagi kenderaan yang berstatus “tidak boleh dilesenkan”, pembida diwajibkan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa dengan kod bidang:

  • 221901 (Membeli Barangan Lusuh Tanpa Permit), atau
  • 221902 (Membeli Barangan Lusuh Perlu Permit)

Jangan lupa bawa bersama sijil pendaftaran asal beserta salinannya semasa hari lelongan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pengurusan Sita, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang di talian, 09-573 6622 (sambungan 352/354).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply