ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu e-hailing maut dihempap Perodua Bezza miliknya

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu e-hailing maut dihempap kereta miliknya ketika sedang membaiki kenderaan itu di Blok B, Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Presint 5 di Putrajaya pada Jumaat (semalam).

Menurut Sinar Harian, mangsa dikenali sebagai Mohammad Azim Mohd Sanusi, 30, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Putrajaya.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, polis menerima laporan kejadian pada jam 11.48 pagi daripada orang awam menyatakan seorang lelaki tersepit di bawah kereta jenis Perodua Bezza.

Menurutnya, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai sedang menukar brek tayar hadapan sebelah kanan dan minyak hitam kereta tersebut.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Jelas beliau, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya mengeluarkan mangsa yang berada di bawah bahagian enjin kereta.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply