ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Kemasan Infinite Weave dan Ethereal Bow, pada jeriji Proton X90 (VX11) semakin jelas!

Foto Intip

Views

Kini nampaknya semakin jelas kelihatan kemasan bermotifkan Infinite Weave dan Ethereal Bow pada jeriji Proton X90 (VX11) menerusi siri foto intip terbaharu.

Menurut rakan pembaca bernama Syed Mohd Adib, foto-foto ini telah dimuatnaik ke laman blog syadib.blogspot.com pada 14 Februari lalu dan berjaya dirakam sekitar Tanjung Malim.

Jika anda perhatikan, rekaan Infinite Weave dan Ethereal Bow pada jeriji X90 (VX11) kelihatan sangat berbeza berbanding dengan model sebelumnya.

Susunan Infinite Weave kini lebih halus dan rapat, serta diselangi butiran berbentuk potongan berlian dengan kemasan krom berkilat.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ia terus mengingatkan kita kepada kemasan jeriji pada model terkini keluaran Peugeot dan juga Mercedes-Benz yang nampak lebih mewah serta berkilau seperti barang kemas.

Pada pendapat penulis, ini mungkin merupakan evolusi jeriji Infinite Weave 2.0 yang akan mula digunapakai pada X90 (VX11), model sedan S50 (SS11) dan seterusnya dipakai kepada model-model lain secara berperingkat.

Mungkin juga Infinite Weave 2.0 akan turut digunakan pada model yang akan dikemaskini (MC) untuk tahun ini, iaitu X70 MC2 dan X50 MC1.

Dalam artikel terdahulu, ejen perisik kami Mat Bond memaklumkan, X90 (VX11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Kesemuanya akan dikuasakan oleh enjin 1.5TGDi (1.5 TD) yang telah menerima penalaan semula dan dikatakan mampu menjana 190 kuasa kuda dan 300Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).

Ada enam warna yang bakal menjadi pilihan, iaitu Snow WhiteArmour SilverJet GreyCinnamon BrownSpace Grey dan satu warna baharu iaitu Deep Marine Blue.

X90 (VX11) versi Malaysia juga akan menggunakan suspensi jenis berbilang pautan (multi-link) di belakang, tidak seperti kembarnya, Okavango di Filipina yang hanya menggunakan jenis rasuk kilasan (torsion beam).

Pada ketika ini X90 (VX11) berada pada peringkat akhir percubaan sebelum beralih ke fasa pra-pengeluaran yang dijangka pada bulan Mac nanti. Dijangka pelancaran rasminya akan dibuat menjelang pertengahan tahun 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit syadib.blogspot.com

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply