ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu e-hailing minta penumpang batal pesanan kerana gemuk, siap tak pasang ‘air-cond’

Tular

Views

Seorang pengguna Twitter @izzatdalphia meluahkan rasa kecewa apabila pemandu sebuah e-hailing tidak mahu menerima pesanannya dengan alasan dirinya mempunyai berat badan berlebihan.

Katanya, antara alasan lain pemandu tersebut adalah kenderaan yang dibawa akan mengalami masalah selain tidak dapat bergerak laju seperti kebiasaan.

“Your driver ask me to cancel the trip because he say im big and overweight (Pemandu minta saya batalkan pesanan sebab dia kata saya besar dan berat berlebihan).

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

And he keep talking about he cannot go fast because his car can broken because im overweight? (Dia sentiasa cakap yang kereta dia tak boleh pergi laju dan akan rosak sebab saya gemuk?,” luahnya menerusia ciapan di Twitter semalam.

Bagaimanapun, pengguna itu tetap dengan pendirian untuk kekal naik kenderaan e-hailing terbabit kerana sudah menempahnya. Katanya, pemandu tersebut turut bertindak tidak memasang pendingan hawa kenderaannya sepanjang perjalanan.

What kind of service is this? And yes he go slow and didn’t want to open air conditioning (Apa punya servis macam ini? Dan ya dia bawa perlahan dan dia tidak mahu pasang pendingan hawa keretanya,” katanya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tambahnya, berhubung kejadian tersebut, dia telah membuat aduan kepada syarikat pengendali e-hailing terbabit untuk melaporkan tindakan pemandu terlibat.

Perkongsian pengguna itu telah mendapat lebih 1.8 juta tontonan sehingga hari ini dan ramai terkejut dengan situasi yang diceritakannya.

“Berat 180 kilogram (kg) sekali pun, dah namanya p-hailing kenalah terima. Kalau memilih pelanggan, jadi pemandu peribadi sahaja,” tegur seorang Danny.

“Itulah, pemandu memang banyak ragam, ada sekali tu aku lepas balik main badminton, pemandu siap pesan jangan sandar pada kerusi, sebab takut berbau peluh, lepas itu siap buka tingkap, aku minta diskaun tak nak pula bagi,” kongsi Zennyt. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply