ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak sempat seludup Hilux curi ke Thailand

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki tidak sempat menyeludup sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dipercayai kenderaan curi selepas kegiatannya dihidu oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhampiran Sungai Golok dekat Ayer Lanas di Jeli, hari ini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, bertindak atas maklumat, anggota ATM berjaya menjejaki sebuah trak pikap yang cuba diseludup ke Thailand melalui Sungai Golok kira-kira pukul 9.35 pagi.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota ATM, pemandu trak pikap itu bertindak melarikan diri menyeberangi Sungai Golok dengan meninggalkan kenderaan tersebut di pinggir sungai.

Pemeriksaan mendapati, trak pikap jenis Toyota Hilux yang dianggarkan bernilai RM 149,880 itu merupakan kenderaan curi.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Kenderaan tersebut akan direkodkan sebagai Barang Rampasan Tanpa Tuan. Kes itu diserahkan kepada Balai Polis Ayer Lanas, untuk tindakan selanjutnya.

Menurut kenyataan itu, ATM akan terus mempertingkatkan kawalan di kawasan sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penyeludupan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply