ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Ford Ranger dalam video tular ditahan

Berita Tempatan

Views

Semalam kami ada memaparkan satu rakaman dashcam yang memaparkan sebuah trak pikap Ford Ranger yang dipandu secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal terjatuh di lorong kecemasan.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook, Jabatan Siasatan Dan Penguatkusaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor bersama Balai Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kajang telah berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki berbangsa India di Shah Alam, Selangor.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Lelaki tersebut yang didapati terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di KM 298.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban jelas membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain hingga menyebabkan kecederaan kepada penunggang motosikal.

Penunggang motosikal telah membuat laporan kemalangan pada 19/1/2020 selepas kejadian kemalangan. Pemandu trak pikap tersebut telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply