Sebenarnya tiada lagi rahsia mengenai model SUV kedua Proton X50 ini memandangkan kami telah mengetahui perancangan mereka sejak dari pengenalan X70 lagi. Model yang ditunggu-tunggu oleh ‘peminat fanatik’ Proton ini sah akan dilancarkan dalam tahun ini dan ia akan terus dipasang secara tempatan di Tanjung Malim.
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
Perkara tersebut telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong dalam majlis makan tengah hari sempena Tahun Baharu Cina, semalam. Jelas Dr Li, pelancaran kedua terbesar Proton untuk tahun ini, selepas X70 CKD yang dilancarkan tidak lama lagi. Model yang berasaskan Geely Bi Yue (SX11) akan terus dipasang di sini memandangkan model asalnya dihasilkan dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD).
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
Ketika ini kelibat model ujian X50 yang mula memakai jeriji berunsurkan busur (Ethereal Bow) dan corak Infinite Weave telah dikesan dan ia menandakan versi sebenar Proton sudah mula diuji sepenuhnya. Dijangkakan model ini bakal dilengkapi dengan bumbung panaromik, sistem pendingin hawa dwi zon, tempat duduk pemandu larasan elektrik, sistem infohiburan GKUI dengan paparan skrin sentuh terapung bersaiz 10.25 inci.
Di China, model SUV kompak ini turut dilengkapi ciri pemanduan separa-autonomi Tahap 2, namun tidak dapat dipastikan sama ada ciri ini akan turut diberikan pada model X50 pemasangan tempatan. X50 akan dikuasakan oleh enjin 1.5 liter TGDi (Drive E) yang mempu menghasilkan 174 kuasa kuda dan 255 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
KOMEN TERKINI