ARKIB

KATEGORI

Tular

Tak sempat nak beli nasi kukus, kena rempuh bas sekolah

Tular

Views

Malang tidak berbau. Itu nasib dua lelaki mahu membeli nasi kukus dari sebuah gerai di tepi jalan di Taman Klebang Putra di Chemor, Ipoh, apabila dirempuh sebuah bas sekolah. Klip video kejadian itu dimuat naik di platform X oleh pengguna akaun @bckupacc99.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Dalam rakaman video tular bertarikh Isnin lalu, dua lelaki menaiki sebuah motosikal dirakam singgah di gerai berkenaan kira-kira jam 1.51 tengah hari ketika ada dua lagi lelaki, masing-masing peniaga dan pelanggan sedia berada di situ.

Suasana ketika itu seperti biasa sebelum sebuah bas sekolah, dipercayai mengalami masalah teknikal pada aci setereng, secara tiba-tiba dengan laju merempuh motosikal berkenaan ketika dua lelaki terbabit masih berada di atas motosikal.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Peniaga nasi kukus dan seorang pelanggannya yang lebih awal berada di gerai itu tidak dilanggar, manakala dua lelaki yang dirempuh dikatakan terselamat, namun tidak diketahui status kecederaan dialami mereka.

Kejadian itu mengundang reaksi warganet yang rata-rata terkejut dengan kemalangan itu dan bimbang dengan operasi peniaga di tepi jalan, termasuk melihat lokasi itu tidak sesuai dan berbahaya kepada peniaga dan pelanggan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply