ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu lori bertengkar hingga mengeluarkan parang ditahan

Tular

Views

Seorang pemandu lori ditahan kerana disyaki terlibat dalam pertengkaran menggunakan parang dalam kejadian di sebuah stesen minyak di hentian rehat dan rawat (R&R) Gurun Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan pada 1 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan memberitahu, pihaknya pada kira-kira pukul 10 pagi, semalam mengesan satu video yang tular di Facebook memaparkan dua lelaki bertengkar dengan salah seorang daripada mereka mengeluarkan sebilah parang.

Katanya, semakan mendapati video itu ditularkan oleh pengguna Facebook bernama Eysz Seventhx.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek yang merupakan pemandu lori berusia 35 tahun dengan seorang lagi lelaki memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger kira-kira pukul 6.15 petang, 1 Julai lalu.

Kejadian itu berlaku ketika pemandu lori terbabit sedang memandu keluar dari hentian Bukit Kobah, Pendang (Lebuh Raya Utara-Selatan) sebelum pemandu Ford Ranger itu membunyikan hon kepada suspek.

Menurutnya, perselisihan faham antara mereka berterusan sehingga ke sebuah stesen minyak tersebut kira-kira pukul 7.40 malam, hari sama.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Suspek (pemandu lori) mendakwa telah diugut oleh pemandu Ford Ranger sebelum pemandu lori terbabit mengeluarkan sebilah parang yang disimpan di dalam lorinya.

Katanya, suspek direman tiga hari bermula hari ini, manakala usaha mengesan pemandu Ford Ranger sedang dilakukan.

Pihaknya meminta saksi-saksi kejadian termasuk individu yang menularkan video kejadian untuk menyalurkan maklumat kepada polis termasuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sabri Salamat di talian 014-6727927. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply