ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition sah masuk Malaysia! Tempahan mula dibuka, unit terhad!

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Suzuki Malaysia menerusi satu hantaran siang tadi mengesahkan yang pihaknya akan membawa masuk Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition ke pasaran Malaysia dalam kuantiti yang terhad.

Walaubagaimanapun, jumlah unit Hayabusa 25th Anniversary Edition yang akan dibawa masuk nanti tidak didedahkan dan tempahannya juga telah pun dibuka.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Hayabusa edisi terhad ini dipacu oleh enjin bersesaran 1,340cc empat-silinder DOHC yang menjana ouput sehingga 190 PS pada 9,700 rpm dan 150 Nm daya kilas pada 7,000 rpm.

Ia didatangkan dengan skema warna khas kombinasi Glass Blaze Orange dan Glass Sparkle Black yang menampilkan simbol ikonik dan logo nama ‘kanji’ Hayabusa.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Antara ciri-ciri unik Hayabusa 25th Anniversary Edition termasuklah:

  • Lambang ulang tahun ke-25 yang unik dan logo Suzuki pada tangki minyak.
  • Logo ulang tahun ke-25 yang diukir pada setiap peredam.
  • Kemasan cowling hitam berkilat.
  • Rotor brek dan pelaras rantai pemacu saduran emas.
  • Logo ‘kanji’ Hayabusa pada plat rantai pemacu.
  • Cowling pelana tunggal yang dijadikan kelengkapan standard.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply