Sinar Harian melaporkan seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Batu berhampiran bulatan Kepong di Kuala Lumpur, semalam. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa berusia 20 tahun menaiki kereta jenis Toyota Vios bersama seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
Tambah beliau, ketika kejadian mangsa yang bekerja di sebuah kedai membaiki telefon bimbit dari arah Jalan Kepong menghala ke Bulatan Kepong. Semasa tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Batu.
Akibat kejadian itu, pemandu kereta berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan berjaya diselamatkan oleh orang awam. Zulkefly berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat manakala penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
Mangsa dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Johari Kamin berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 10.55 malam.
Katanya seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dan Sentul bergegas ke lokasi kejadian. Ujar beliau lagi, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah kereta terbabas dan terjunam ke dalam sungai. Kedua-dua mangsa berjaya di bawa naik dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Bernama
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
KOMEN TERKINI