ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Itu Proton Iriz SE ke?

Foto Intip

Views

Ingat tak lagi, dalam artikel terdahulu kami pernah memberitahu anda semua yang Proton sedang mempersiapkan beberapa model edisi khas antaranya Persona dan Exora ‘Black Edition‘ serta Iriz dan X70 ‘SE‘? Nampaknya maklumat risikan Mat Bond jarang mengecewakan kerana terbukti salah satu daripada model yang diwar-warkan itu wujud!

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Rakan kami di Careta.my menerusi laman Instagramnya pagi tadi telah menyiarkan foto yang menunjukkan kelibat sebuah Iriz yang memakai seragam hitam, sama seperti Saga Anniversary Edition dengan calitan kuning pada beberapa bahagian seperti di jeriji depan yang berbentuk busur (Ethereal Bow) dan cermin sisi. Foto tersebut telah dikongsikan oleh salah seorang rakan pembacanya bernama Muhammad Faiz Mat Isa.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Sekilas pandang, ia mengingatkan kami kepada salah satu watak dalam permainan video ‘Angry Birds‘ yang berwarna hitam. Rakan kami Theophilus Chin juga ada membuat gambaran model tersebut secara digital dia ia saling tak tumpah dengan foto yang tertiris ini. Namun begitu kita tidak dapat melihat bentuk rimnya yang ditampal dengan pelekat putih dan jika diperhatikan, ia mempunyai kemasan dwitona.

Setakat ini tidak dapat dipastikan bilakah model ini bakal dilancarkan dan ada kemungkinan ia diperkenalkan serentak dengan X50 atau sedikit lewat. Memandangkan unit pengeluarannya sudah tersedia, tidak mustahil ia akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Kita nantikan info selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Careta.my

Gambaran digital Iriz SE dari Theophilus Chin 

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply