ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu Myvi putih ‘berlagak samseng’ diburu polis

Tular

Views

Polis sedang mengesan pemandu kereta Perodua Myvi yang bertindak samseng dengan menghalang laluan kenderaan lain di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Layang-layang, yang tular di media sosial sejak Sabtu.

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, ketika pengadu sedang memandu keretanya, kenderaan suspek yang berada di hadapan bertindak membrek keretanya secara tiba-tiba beberapa kali yang menyebabkan pengadu hampir melanggarnya.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Kemudian, suspek dilihat mengeluarkan sebatang kayu panjang dari tingkap kenderaannya sambil menjerit-jerit, namun pengadu tidak pasti apa yang dituturkan lelaki tersebut.

Pada awalnya pengadu mengabaikan dan bertindak meneruskan perjalanan namun kejadian itu mendatangkan kegusaran. Bimbang akan keselamatannya, pengadu mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Eng Lai menambah, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ketakutan secara jenayah. Jika sabit bersalah, suspek boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menhubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Syukor di talian 012-7677 4731 atau balai polis berhampiran dengan segera.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply