ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saga 2022 (MC2) bakal dilancar pada Khamis ini (12 Mei 2022)!

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Proton Cars hari ini secara rasminya menyiarkan dua foto acah pertama Saga 2022 (MC2). Dalam masa yang sama juga Proton turut mengumumkan tarikh pelancaran model sedan segmen-A kedua terlaris di Malaysia itu, pada hari Khamis ini bersamaan 12 Mei 2022.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Pelancaran model ini akan disiarkan secara langsung secara dalam talian di laman Facebook tersebut berula jam 9.45 pagi. Pada masa yang sama mereka yang berminat dengan Saga 2022 (MC2) boleh mendaftarkan minat mereka menerusi pautan ini.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Saga MC2 akan ditawarkan dengan empat pilihan varian – 1.3L Standard MT, 1.3L Standard AT, 1.3L Premium AT dan varian baharu, 1.3L Premium S AT. Varian 1.3L Premium S AT dilengkapi dengan beberapa ciri baharu, antaranya:

  • Cermin sisi auto lipat
  • Kemasan pintu but belakang dengan suis pembuka
  • Skirt sisi
  • Rim aloi 15-inci kemasan dwitona
  • Skirt bampar hadapan
  • Panel meter baharu
  • Stereng balutan kulit sintetik
  • Balutan tempat duduk separa kulit sintetik
  • Butang penghidup enjin
  • Kemasukan nirkunci (keyless)
  • Lampu kabin dengan fungsi auto malap
  • Rona kabin warna hitam

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton Cars

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply