ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Myvi rempuh gerai makan sah mabuk

Berita Tempatan

Views

Polis mengesahkan pemandu Perodua Myvi berusia 42 tahun yang merempuh sebuah gerai di Lorong Perak, Taman Melawati di Ampang semalam mempunyai tahap kandungan alkohol melebihi had yang dibenarkan. Sinar Harian melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Mohd Azam Ismail berkata, pemeriksaan di dalam kereta lelaki yang bekerja sebagai jurutera itu turut menemui dua tin minuman beralkohol.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Kata beliau, jurutera itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan. Jelasnya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar dua buah kenderaan yang diparkir sebelum merempuh gerai makan di tepi jalan berkenaan.

Menurut Mohd Azam, seorang pelanggan gerai berusia 50 tahun mengalami kecederaan di muka kerana terkena serpihan meja. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

Kata beliau lagi, punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 03-92740112 atau balai polis berhampiran.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan sebuah kedai makan di Lorong Perak, Taman Melawati mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah kereta. Pemilik kedai, Othman Ahmad, 60, berkata, kedai makannya mengalami kerosakan teruk manakala meja, kerusi makan dan tiang patah akibat rempuhan tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sale Hudin

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply