Seperti biasa, kalau ada gambaran secara manipulasi digital realistik sebegini, sudah pasti ia adalah hasil karya Sifu Theophilus Chin. Untuk kali ini, Theo tampil dengan gambaran generasi ke-4 Perodua Myvi yang menurut jangkaan kami akan tiba pada penghujung 2022 atau awal tahun 2023.
Kami juga menjangkakan Myvi MK4 itu nanti berkemungkinan akan dibangunkan dari pelantar baharu Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang menjadi asas kepada 3 model SUV kompak iaitu, Daihatsu Rocky, Toyota Raize dan juga Perodua D55L.
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
Menurut Theo, rekaan Myvi MK4 menggunakan lenggok gaya reka bentuk dan permukaan badan model Toyota Harrier/Venza, manakala badan dan bentuk asas pula dipinjam dari Volkswagen Polo. Hasilnya, terciptalah rekaan Myvi yang nampak lebih padu dan mantap dari segenap sudut.
Sekilas pandang ia mirip sebuah model kompak Lexus dengan lencana Perodua. Myvi MK4 versi Theo ini juga kelihatan lebih berotot dan sado jika dibandingkan dengan model generasi ketiga. Ada beberapa perkara yang kami rasa Perodua boleh ambil sebagai idea, sebagai contoh cermin sisi yang dilekatkan pada pintu depan dan juga lampu belakang jenis LED yang membentuk jalur nipis yang bersambung.
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
Sudah pasti jalur cahayanya akan nampak menyerlah pada waktu malam, betul tak? Rekaan sebegini juga sesuai untuk dijelmakan sebagai ‘crossover jadian’ seperti varian STYLE dengan hanya menambah beberapa elemen lasak seperti pelapik lengkung tayar dan kit badan dengan pad gelincir.
Ditambah pula dengan gabungan dwi tona warna, sudah pasti ia akan menjadi lebih mantap dan ummphhh! Kesimpulannya kami amat menyukai gaya reka bentuk ini yang juga sesuai jika ‘disumbatkan’ dengan enjin jenis hibrid. Apa pendapat anda?
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
2 Comments