Ingat lagi tak anda dengan van mikro pertama dari Perodua yang dikenali sebagai Rusa? Pada era tersebut, Perodua memang gemar meletak nama model kereta mereka dengan nama haiwan seperti Kancil, Kenari dan Kelisa. Kembar kepada Daihatsu Hijet ini telah dilancarkan pada tahun 1996. Model yang pertama dikuasakan dengan enjin 1.3 liter dan hanya mempunyai dua tempat duduk.
Setahun kemudian, ia hadir dengan konfigurasi tujuh duduk dan dikuasakan oleh enjin 1.6 liter. Ok tutup cerita pasal ini, sambung balik dengan topik sebenar mengenai Perodua Ruza hasil karya pemanipulasi foto tersohor, Theophilus Chin. Menurut beliau, Ruza adalah ‘cucu’ kepada Rusa yang telah diubah suai dari model Daihatsu Gran Max dan juga sepupunya Toyota Town Ace baharu.
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?
Daihatsu Gran Max akan mula menjengah pasaran Jepun mulai 4 September 2020 dan yang menariknya ia akan dipasang di kilang milik P.T. Astra Daihatsu Motor di Indonesia. Maknanya Gran Max versi JDM nanti adalah buatan seberang pak! Mendonia lagilah mereka nanti jawabnya. Ia juga merupakan kali pertama model Daihatsu yang dihasilkan di luar negara di jual di negara matahari terbit itu.
Model ini dijana oleh enjin 2NR-VE 1.5 liter yang turut digunakan pada Myvi dan Aruz. Ia digandingkan dengan pilihan transmisi lima-kelajuan manual atau empat-kelajuan automatik. Selain itu, ia juga ditawarkan dengan pilihan pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda, bergantung kepada jenis yang dipilih.
Perodua Ruza rekaan Theo ini sebenarnya hanya melakukan perubahan kecil kepada reka bentuk asal Gran Max/Town Ace, paling ketara adalah bentuk jeriji yang diinspirasikan dari model Rusa versi facelift dengan kemasan hitam berkilat.
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
Bampar hadapan juga diolah semula supaya kelihatan lebih sedikit ranggi bagi menyuntik gaya kepada kenderaan komersial ringan ini. Untuk menjadikan penampilannya lebih sporty, Theo telah memasukkan rim sport jenis lima jejari berkembar dengan kemasan dwitona, skirt sisi dan juga pelapik pada sisi pintu.
Di bahagian belakang, ia tidak jauh berbeza dengan model asal, yang berubah hanyalah logo, emblem serta kemasan hitam pada bar belakang. Lampu belakangnya juga ditajamkan sedikit di bahagian atas supaya ia kelihatan lebih garang.
Menarik juga model ini kan? Sebenarnya penulis sudah membayangkan model ini diubah suai menjadi van camper mini atau kendera saji versi hipster. Apa pendapat anda?
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
KOMEN TERKINI