ARKIB

KATEGORI

Tular

Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

Tular

Views

Fuh! Padu habis Perodua Myvi generasi ketiga ini setelah ‘disolek’ oleh heijiworks7. Foto-foto Myvi yang telah dimodifikasi sepenuhnya ini telah dimuat naik ke laman Facebook heijiworks7 pada 20 Jun lalu setakat ini telah dikongsi sebanyak 6,000 kali dan 1,200 tanda suka (like).

Bukan itu sahaja, ruangan komen di hantaran tersebut juga meriah dengan warganet yang ‘tag’ nama rakan-rakan masing. Menurut perkongsian maklumat di hantaran tersebut, kereta ini dengan warna Kelabu Gelap Satin (Satin Dark Grey) ini telah diubahsuai di bahagian luar dan dalam.

Paling ketara di bahagian luar adalah kehadiran bampar GT dengan kemasan jaring sarang lebah di hadapan. Rekaan bampar ini sebenarnya diinspirasikan dari model konsep Myvi GT yang dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) pada tahun 2018.

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!

Bahagian hud depan kereta ini adalah rekaan kustom dan ia telah dicelup dengan kemasan carbon hydrographic.  Lampu hadapan Myvi ini telah digelapkan sedikit supaya kelihatan lebih sporty. Dari sisi, kereta ini dipasangkan dengan skirt universal yang kelihatan secocok dengan rekaan keseluruhannya.

Bampar belakang pula masih mengekalkan reka bentuk asal, namun sedikit pengubahsuaian dibuat dengan menambah diffuser dengan corong ekzos berkembar. Spoiler belakangnya pula agak besar dan mengikut bentuk spoiler dari AMG dengan nisbah 1:1.

Tayar kereta ini adalah dari jenama Continental dengan saiz 205/45/17, manakala rimnya pula dari BBS FI-R bersaiz 17-inci. Selain itu, Myvi ini turut dipasang dengan angkup brek empat pot dari Brembo (ori tau bukan klon punya) berwarna kuning untuk tayar hadapan. Beberapa bahagian luar Myvi ini dihiasi dengan kemasan carbon hydrographic, antaranya cermin sisi, pemegang pintu dan bumbung.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!

Myvi versi heijiworks7 ini turut dipasang dengan bumbung suria kustom. Di ruangan kabin, beberapa bahagian pada papan pemuka disalut dengan kemasan carbon hydrographic, termasuk pada stereng dan tombol gear. Penulis agak tertarik pada rekaan stereng kustom yang rata di bahagian atas dan bawah, tetapi masih mengekalkan struktur asal termasuk butang kawalan.

Tempat duduk hadapan di bahagian pemandu dan penumpang pula telah ditukar kepada jenis separa bucket berwarna hitam dari jenama tempatan, SSCUS. Tali pinggang keledar turut ditukar kepada warna merah supaya melengkapkan imej sporty ruang dalaman model ini.

Tidak ketinggalan, kereta ini juga dilengkapi dengan alat kawalan pendikit 4-kelajuan dari Shadow, sistem bunyi, muncung ekzos Akrapovic, suspensi boleh laras Zerone SS5500 dan banyak lagi. Penulis tidak pasti berapa jumlah wang yang ‘telah lebur’ untuk menghasilkan sebuah Myvi yang se’gempak’ ini.

Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit heijiworks7

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply