ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu treler telah ditahan, ada 10 rekod kesalahan trafik

Tular

Views

Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 69, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Gerik pada 29 Oktober lalu, mempunyai 10 rekod kesalahan trafik.

Menurut KOSMO! ONLINE, kejadian pada pukul 11 pagi itu menyebabkan kecederaan parah kepada salah seorang mangsa apabila wanita berusia 31 tahun itu keguguran anak di dalam kandungan berusia lapan bulan.

Dalam kejadian sama, pemandu kereta jenis Honda City cedera ringan manakala pemandu dan penumpang kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, saman bagi pelbagai kesalahan itu direkodkan sejak tahun 2012 hingga 2022.

Lelaki berusia 47 tahun itu telah ditahan pada hari kejadian ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Batu Melintang Jeli, Kelantan dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan siasatan, kemalangan itu berpunca daripada muatan siling putih yang dibawa treler berkenaan jatuh di atas jalan ketika melalui selekoh dan menimpa kenderaan jenis Subaru Forester dinaiki wanita terbabit.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Menurut beliau, kertas siasatan kes berkenaan kini dikemas kini dan sedang menunggu laporan perubatan mangsa dari Hospital Tanah Merah, Kelantan.

Katanya, kes itu juga telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial luahan suami kepada mangsa yang berang dengan tindakan cuai pemandu treler itu kerana menjadi punca kepada nahas yang mengorbankan bayi dalam kandungan isterinya.

Turut dimuat naik dalam kumpulan Facebook Dashcam Owners Malaysia itu video berdurasi 15 saat memaparkan kejadian siling putih dibawa treler itu jatuh di atas jalan ketika melalui selekoh hingga menyebabkan kemalangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply