ARKIB

KATEGORI

Tular

Angkara lori lebih muatan dan laju, bayi sulung dalam kandungan maut, isteri pula cedera parah

Tular

Views

Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbalik selepas terlibat kemalangan di Gerik baru-baru ini.

Menurut KOSMO! ONLINE, lebih menyedihkan, nahas itu meragut nyawa bayi sulung mereka dalam kandungan yang berusia 34 minggu, manakala mangsa wanita pula cedera parah.

Menerusi kumpulan Facebook Dashcam Owners Malaysia, seorang lelaki yang juga pemandu kereta meluahkan rasa berang dengan tindakan cuai pemandu lori yang menjadi punca kepada insiden kemalangan tersebut.

Difahamkan, beberapa kenderaan lain turut terlibat dalam kemalangan itu dengan muatan lori tersebut terjatuh ke atas jalan raya.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

“Saya bersama isteri mengalu-alukan bayi kami ke dunia ini, disebabkan kejadian ini kamu (pemandu lori) telah membawa bayi kami ‘pergi’.

“Kejadian ini boleh dielakkan, tetapi disebabkan kecuaian pemandunya dan pihak syarikat terlibat menyebabkan kejadian ini berlaku.

“Saya tidak akan memaafkan kamu semua. Setakat ini, tiada sesiapa dari pihak syarikat kamu dan pihak syarikat pengangkutan menghubungi untuk meminta maaf atau bertanya khabar,” luahnya.

Menurut lelaki itu, dia berharap pihak syarikat pengendali tampil menjelaskan segala persoalan dan tanda tanya kerana masih terkejut dengan insiden malang tersebut.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

“Saya harap pihak syarikat logistik boleh memberikan penjelasan kenapa menggunakan ‘truck‘ untuk membawa muatan ini dan ia melebihi paras ketinggian selamat.

“Disebabkan kemalangan ini, rahim isteri saya pecah, tulang belakangnya terbelah, tiga tulang rusuk patah, otak dan hatinya cedera, semua ini boleh membawa banyak kelanjutan.

“Ini anak pertama kami, kenapa kamu semua begitu kejam ‘rampas’ dia daripada kami?” soalnya. Menurutnya lagi, lori tersebut dipandu melebihi had laju dibenarkan selain membawa muatan secara bertindih dan melebihi had.

Lebih menambah kemarahannya, pemandu lori tersebut bertindak melarikan diri dari tempat kejadian namun, berjaya ditahan pihak polis semasa operasi sekatan jalan raya sekitar Jeli, Kelantan.

“Saya harap pemandu lori tersebut dapat balasan dan tindakan undang-undang yang sewajarnya,” kongsinya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply