Seorang pemandu wanita yang sedang dalam perjalanan pulang untuk mengundi terkejut apabila sebuah tayar bergolek di hadapannya dipercayai milik sebuah lori muatan besar.
KOSMO! ONLINE melaporkan, menerusi rakaman video berdurasi lebih seminit yang dimuat naik pengguna media sosial, @aisys_umee, kelihatan sebuah tayar sedang bergolek melintasi beberapa kenderaan sebelum berhenti di stesen minyak berhampiran.
“Tayar lori itu tercabut dan hanya tinggal satu sahaja. Risau sekiranya terdapat kenderaan lain yang melanggar tayar itu.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Mujur saja kenderaan di jalan raya pada ketika itu semuanya ‘sopan-sopan’ belaka,” katanya yang tidak henti-henti meminta lori itu berhenti.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial itu berasa terhibur dengan kehadiran tayar tersebut dan menyifatkan ia seakan-akan tahu hala tujunya yang lebih memilih untuk berhenti di stesen minyak berhampiran.
“Pandai pula ia berhenti di stesen minyak. Hendak menambah angin agaknya kerana mungkin risau terbabas,” komen seorang pengguna.
“Saya juga pernah melihat tayar seperti itu tergolek. Kononnya tertanya-tanya, tayar siapalah agaknya yang tercabut. Rupa-rupanya, itu adalah tayar saya sendiri,” tulis pengguna lain pula.
Dalam pada itu, terdapat juga pegguna yang memuji kenderaan berwarna putih yang sanggup mengiring tayar tersebut seolah-olah membantu mengelakkannya daripada terkena kenderaan lain.
“Baik sungguh pemandu kereta berwarna putih itu. Dia sanggup mengiringi tayar tersebut baik ke tengah mahupun ke tepi.
Tapi pada akhirnya, tayar itu pula melarikan diri daripada diekori menuju ke stesen minyak Shell. Agak merisaukan kerana ia berbahaya. Tapi pada masa yang sama, saya terhibur,” komen seorang pengguna berseloroh.
“Benar, tayar itu hendak menyelamatkan keadaan dan sudah bersedia hendak mengorbankan dirinya. Inilah ciri-ciri calon yang kita patut undi,” seloroh pemilik hantaran video membalas komen tersebut.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI