Sepasang suami isteri maut apabila kenderaan yang dinaiki bersama empat kanak-kanak terbabas melanggar sebatang pokok di Kilometer 200 Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Kampung Paya Bungor jam 3.13 petang, pada Sabtu.
Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian itu, empat kanak-kanak yang dipercayai anak kepada pasangan itu terselamat dan hanya mengalami kecederaan.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pasangan maut itu dikenali sebagai Mohamad Shafiq, 33, dan Faieznoor Mansor, 32.
Menurutnya, empat yang terselamat adalah Mohamad Danish Uqasha, 9, Dhia Medina, 5, Damiaa Melissa, 2, dan seorang lagi masih belum dikenal pasti.
Kenderaan yang terlibat merupakan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
Beliau menjelaskan, tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Kuantan telah ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
Katanya, dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan Rescue Tool, bagaimanapun kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Empat kanak-kanak yang terselamat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Aman Speedwork
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI