ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemangku Raja Pahang sanggup pandu sendiri trak APM untuk bantu mangsa banjir

Berita Tempatan

Views

Dalam artikel terdahulu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan untuk memandu sendiri trak pikap Toyota Hilux meredah banjir untuk mengurniakan sumbangan buat mangsa banjir sekitar Maran.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Semalam, giliran anakandanya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula berbuat demikian dengan memandu sendiri trak milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menziarahi mangsa banjir di Pekan.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Menurut laman Facebook rasmi Kerajaan Negeri Pahang, trak yang dipandu baginda turut dinaiki kerabat diraja, Exco Pahang dan barisan pegawai Kerajaan Pahang sepanjang misi membantu mangsa banjir. Malah trak yang dipandu baginda berjaya melepasi beberapa jalan yang dilimpahi banjir dan arus yang deras. Baginda turut berkenan menaiki bot menyusuri banjir sedalam hampir 3 meter semata-mata ingin bertemu dengan mangsa banjir di PPS SK Temai.

Diseamping itu, baginda juga berkenan menghulurkan sumbangan tunai dan barangan makanan kepada mangsa banjir sambil membantu mengagihkan sumbangan tersebut di kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dilawati. Pada masa yang sama baginda turut bertitah agar semua mangsa banjir sentiasa menjaga SOP sepanjang berada di PPS dan berdoa agar mereka semua terus tabah menghadapi ujian ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply