ARKIB

KATEGORI

Tular

YDP Agong pandu sendiri Toyota Hilux ‘harung banjir’ di LPT untuk kurnia sumbangan

Tular

Views

Tular pagi beberapa foto dan video yang menunjukkan aksi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan untuk memandu sendiri Toyota Hilux dengan ‘mengharung banjir’ di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar Maran.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Menurut laman Facebook rasmi Istana Negara, Baginda turut ditemani Raja Permasuri Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah serta anggota angkatan tentera dan polis. Konvoi tersebut dalam perjalanan menuju ke Maran, Pahang bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

Semasa dalam perjalanan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkesempatan berhenti dan turun dari kenderaan rasmi Baginda untuk menyampaikan sumbangan kepada pemandu-pemandu lori yang terkandas akibat kenaikan air banjir di Plaza Tol Karak, lebuh raya Pantai Timur.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Seri Paduka turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada mereka mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Maran, Pahang iaitu di SMK Maran, Surau Kampung Jara, SK Kuala Sentul dan Masjid As Syakirin.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada NADMA, Kerajaan Negeri dan Pentadbiran Daerah serta agensi penyelamat dan jabatan kerajaan seperti polis, bomba, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertungkus-lumus membantu rakyat setiap kali berlakunya bencana banjir.

Daulat Tuanku!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit airtangan_tunkuazizah dan Istana Negara

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply