ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembaharuan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor hanya secara atas talian sahaja sepanjang tempoh PKP

Info

Views

Menerusi satu kenyataan media, Menteri Pengangkutan Malaysia memaklumkan, semua perkhidmatan kaunter jabatan atau agensi di bawah Kementerian ini iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak termasuk perkhidmatan JPJ di Pejabat Pos ditutup sepenuhnya mulai 20 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Keputusan ini dibuat dengan mengambilkira kesihatan awam serta para kakitangan yang berada di barisan hadapan setelah melihat kehadiran orang ramai ke kaunter jabatan atau agensi yang tidak terkawal dan tidak selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Maka dengan itu, semua proses pembaharuan Lesen Memandu atau Competent Driver’s License (CDL) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) hanya boleh dilaksanakan secara atas talian sepanjang tempoh PKP. Ia boleh dibuat menerusi portal MySikap JPJ atau perkhidmatan 2 portal MyEG (hanya untuk perbaharui LKM).

Orang awam yang tidak memiliki public/portal ID bagi mengakses portal MySikap JPJ, boleh melaksanakan proses pembaharuan menerusi portal MyEG. Mereka yang telah memperbaharui CDL atau LKM menerusi kedua-dua portal tersebut sepanjang tempoh PKP ini tidak perlu hadir ke kaunter untuk mendapatkan lesen memandu atau pelekat LKM secara fizikal, bukti pembayaran fi CDL atau LKM menerusi portal sudah memadai untuk digunakan sebagai bukti.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Jadi mereka tidak perlulah tergesa-gesa atau resah bagi mendapatkan lesen memandu atau pelekat LKM yang telah diperbaharui. Kebenaran ini hanyalah untuk kegunaan di sepanjang tempoh PKP sahaja. Orang ramai dikehendaki untuk mendapatkan pelekat LKM dan kad CDL sebaik sahaja perintah PKP ditarik semula.

Selain itu, pihak Kementerian turut mengadakan konsultasi dan perbincangan bersama pihak Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Takaful baru-baru ini bagi mempermudahkan urusan orang ramai sepanjang tempoh PKP ini. Semua pemilik kenderaan hendaklah memastikan kenderaan mereka mempunyai perlindungan insurans yang sah dan pembaharuan perlindungan insurans untuk kenderaan motor boleh dilaksanakan secara atas talian menerusi portal-portal syarikat insurans yang berkaitan.

Untuk sebarang aduan atau pertanyaan sila e-mel ke [email protected] , atau WhatsApp ke 019-2907723, Hotline MOT : 1800-88-7723 (8 pagi -6 pagi), atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, di talian 03-88882010.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply