ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rempuh sekatan jalan raya, seorang ditahan

Berita Tempatan

Views

Cubaan tiga lelaki untuk meloloskan diri dalam sekatan jalan raya Operasi COVID-19 di Kilometer 13.2 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Batu Caves, awal pagi tadi gagal apabila seorang daripada mereka berjaya diberkas polis.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, sepasukan anggota polis melakukan sekatan jalan raya di lokasi berkenaan sebelum menyedari sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 2 pagi.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Jelas beliau, kenderaan itu kemudian merempuh sekatan jalan raya yang dilakukan dan terus melarikan diri ke arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Tambanhya, sebaik tiba di Plaza Tol Gombak, MPV berkenaan melanggar palang tol dan melarikan diri ke arah Bentong, Pahang.

Arifai berkata, ketika tiba di Kilometer 23.6, kenderaan berkenaan hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan di Bentong. Ketiga-tiga suspek dipercayai bertindak melompat keluar dari kenderaan berkenaan dan melarikan diri ke arah hutan berhampiran.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Bagaimanapun, seorang daripada suspek berkenaan berusia 20-an berjaya ditahan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur kira-kira jam 5 petang tadi.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai 20 rekod jenayah termasuk berkaitan dadah. Kata Arifai lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 186/279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan bagi mengesan suspek lain yang terbabit.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply