ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembantu perubatan HKL kena tampar semasa bantu mangsa kemalangan

Berita Tempatan

Views

Ini satu lagi kes niaya. Kalau tadi enam pekerja kontraktor LPT2 disangka orang kampung geng curi lembu, lain pula kisahnya dengan cerita ini. Harian Metro melaporkan, seorang pembantu perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengalami nasib malang akibat ditampar lelaki tidak dikenali semasa membantu mangsa kes kemalangan jalan raya jam 3 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, lelaki berusia 29 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Umair berkata, dia dan pasukannya memberi respons kepada satu kes kemalangan jalan raya dekat Jalan Datuk Senu, Sentul, membabitkan seorang lelaki yang mengalami luka pada dahi dan kaki.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Setibanya di lokasi, dia memberikan rawatan ‘primer’ kepada lelaki berkenaan sebelum dibawa masuk ke dalam ambulans, namun tidak terus beredar kerana saya memberikan rawatan sekunder seperti memasukkan air ke badan mangsa kerana kehilangan banyak darah.

Ketika memberikan rawatan sekunder mengikut prosedur yang ditetapkan, datang seorang lelaki yang tidak dikenali mengetuk pintu belakang ambulans secara agresif dan memarahi mereka supaya segera ke hospital. Apabila mereka tiba di hospital, pesakit dibawa ke zon kuning bahagian kecemasan, namun tiba-tiba muncul seorang lelaki membuat bising di kaunter kecemasan yang cuba mempertikaikan tindakannya yang tidak segera beredar dari lokasi kejadian sebaik pesakit dibawa naik ke ambulans.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Keadaan semakin kecoh sebelum Polis Bantuan HKL tiba dan lelaki berkenaan beredar. Bagaimanapun, seorang lagi lelaki datang membuat kecoh di kawasan sama menyebabkan waris pesakit lain hilang sabar. Saya cuba mententeramkan lelaki itu dengan menariknya keluar, namun secara tiba-tiba satu penampar ‘melekat’ di bahagian telinga kirinya.

Kejadian itu turut mendapat perhatian Pakar Perunding Perubatan Kecemasan HKL, Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose yang memuat naik kejadian itu di laman Facebooknya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alzamani Mohammad Idrose

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply