ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemenang ‘Realisasi Impianmu Bersama Shell’ diumumkan – Nantikan kemunculan produk-produk ini di Shell SELECT

Berita Tempatan

Views

Semalam Shell Malaysia mengumumkan para pemenang inisiatif ‘Realisasi Impianmu Bersama Shell’ yang telah berlangsung sejak 18 Ogos hingga 20 November 2020. Lebih dari 300 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) tempatan telah mendaftar untuk menyertai inisiatif ini dan telah melalui proses penilaian yang ketat seperti kualiti produk, inovasi dan keupayaan pengedaran.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Enam pemenang utama telah diumumkan dalam acara yang dilangsungkan secara maya sekaligus layak untuk dianugerahkan Kontrak Label Swasta Shell yang membolehkan produk mereka dipasarkan di lebih dari 600 kedai Shell SELECT di seluruh negara. Shell juga akan membantu pemenang utama ini dari segi sokongan pemasaran, pembungkusan dan logistik.

Selain itu, 23 lagi SME turut diumumkan sebagai Rakan Penyenaraian Produk Shell yang akan memberi mereka peluang serupa di beberapa stesen terpilih. Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, pihaknya amat gembira dengan pengumuman ini kerana dapat membantu syarikat SME tempatan untuk memasarkan produk mereka di kedai Shell.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Tambah beliau, antara barangan yang terpilih sebagai pemenang adalah martabak yang sedia untuk dimakan, aiskrim Malaysia, nasi pop dan beberapa lagi. Katanya lagi, produk-produk ini juga diharap untuk memperkayakan pengalaman keseluruhan mereka bersama Shell.

Berikut adalah senarai enam pemenang utama yang menerima Kontrak Label Swasta Shell, mengikut susunan abjad:

ITEM SME
Aiskrim Malaysia IKATBig Why Enterprise
Nasi Pop SalisBinarich Enterprise
Murtabak Sedia-DimakanI ON Enterprise
TehKincirmas SDN BHD
Burger Sedia-DimakanMeals in Minutes SDN BHD
Jus NanasRompin Integrated Pineapple Industries SDN BHD

Tahniah kepada para pemenang! Nantikan kemunculan produk-produk tempatan ini di Shell SELECT tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply