ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki Orang Asli OKU ini dapat hadiah motosikal baharu dari Ebit Lew

Tular

Views

Sekali lagi pendakwah terkenal, Ebit Lew yang terkenal dengan sifat dermawannya tampil menghulurkan sumbangan. Kali ini beliau tampil untuk menyumbangkan sebuah motosikal baharu kepada lelaki Orang Asli yang kenderaannya terbakar ketika dalam perjalanan mendapatkan bantuan pada Isnin lalu.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Menurut Berita Harian, dalam kejadian itu, motosikal ditunggang Amran Rongi, 29, bersama dua anak lelakinya dilaporkan mengalami kerosakan sebelum terbakar di Plaza Tol Senai, di Johor Bahru, ketika mahu memohon bantuan daripada Baitulmal Johor.

Ebit melalui hantaran terbaru dalam Facebooknya, hari ini, memaklumkan dirinya sebak apabila membaca berita mengenai insiden menimpa Amran yang juga orang kurang upaya (OKU).  Katanya beliau sebak membaca kisah lelaki OKU itu bersama dua anaknya memerlukan bantuan di Johor dan motosikal terbakar dalam perjalanan.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Tambahnya, hari ini, beliau membeli motosikal baharu untuk dihadiahkan kepada lelaki tersebut dan sedikit duit belanja. Pihaknya turut membawa barang dapur seperti beras dan barangan dapur dari Elewsmart untuk diagihkan kepada 84 keluarga di situ.

Katanya lagi, beliau merasa amat sedih rasa apabila Tok Batin mengucapkan terima kasih dan semua orang kampung (Kampung Orang Asli Kuala Masai) ingin bergambar dengannya. Sementara itu, rata-rata warganet turut memuji tindakan pantas dan sikap prihatin Ebit membantu masyarakat dalam kesusahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ebit Lew

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply