Kereta Proton Saga yang menghalang lalu lintas dalam kejadian di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), di Ipoh, semalam, dipandu oleh ahli keluarga seorang anggota polis.
Buletin TV3 melaporkan, dalam kejadian yang tular dalam laman sosial itu, pemandu tersebut disahkan tidak mempunyai lesen memandu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, susulan itu tiga saman dikeluarkan terhadap pemandu dan pemilik kenderaan itu. Menurutnya, perakam kejadian kereta berkenaan tampil ke balai polis hari ini.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6.29 petang, Sabtu lalu. Kenderaan itu sememangnya dimiliki oleh seorang anggota polis yang bertugas di Batu Gajah.
Bagaimanapun ketika kejadian kereta itu dipandu oleh salah seorang ahli keluarga anggota terbabit. Rompi (vest) polis diletakkan di bahagian papan pemuka kenderaan adalah milik anggota berkenaan.
Sehubungan itu, tiga saman trafik (Pol.257) dikeluarkan kepada pemandu dan pemilk kereta itu. Pertama kepada pemandunya kerana kesalahan halangan lalu lintas iaitu mengikut Kaedah 16(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 [LN 166/59].
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Saman kedua juga dikeluarkan kepada pemandu iaitu mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen memandu yang sah.
Manakala saman ketiga juga mengikut Seksyen dan Akta yang sama terhadap pemilik kereta kerana membenarkan seseorang memandu kenderaan tanpa lesen.
Yahaya berkata lagi, selain itu pihaknya turut memaklumkan siasatan kes itu kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk siasatan sudut tatatertib pemilik kereta (anggota polis berkenaan).
Malam tadi, media melaporkan polis sedang mengesan individu yang merakam gambar sebuah Proton Saga dipercayai milik polis yang menghalang lalu lintas dengan cara parkir berlapis di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, sebagaimana hantaran tular di laman Twitter.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit VIRAL PERAK
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI