ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik Lexus RX300 F Sport putih mata, kereta baru pakai enam bulan hilang di pusat servis

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki berputih mata apabila kereta miliknya dihantar ke sebuah pusat servis kenderaan untuk diselenggara di Ayer Keroh, Melaka, hilang.

Menurut KOSMO! ONLINE, mangsa, Tay Han Sin, 49, mendakwa, kejadian berlaku pada 25 Ogos lalu selepas dia menghantar kereta jenis Lexus RX300 F Sport untuk penyelenggaraan kali kedua di premis sama.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Menurutnya, beberapa jam selepas itu dia dimaklumkan kenderaannya dibawa keluar oleh seseorang selepas selesai proses penyelenggaraan.

Dia berasa terkejut apabila pusat servis memaklumkan dirinya telah mengambil kereta, sedangkan dia baru sahaja hendak berbuat demikian.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Tambahnya, semakan ke atas televisyen litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati terdapat seorang lelaki tidak dikenali mengambil kunci kereta tersebut.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan kenderaan tersebut. Katanya lagi, dia hanya sempat menggunakan kereta itu selama enam bulan, dan perlu membayar ansuran lebih RM2,000 sebulan meskipun ia gagal dikesan sehingga kini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply