ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemilik Perodua Kelisa kena saman, ubah suai identiti kereta jadi Daihatsu Mira Gino

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang lelaki mengubah suai identiti kereta Perodua Kelisa kepada Daihatsu Mira Gino mengundang padah apabila dikenakan tindakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

UTUSAN melaporkan, dalam Op Pengarah JPJ Perak di Jalan Sultan Idris Shah dekat Ipoh kelmarin, pemilik kenderaan berusia lingkungan 30-an itu turut diberi notis arah periksa atas kesalahan tersebut.

Lelaki itu juga diarahkan untuk menukar kembali identiti asal kenderaannya bagi mengelak dikeluarkan notis ingkar arah periksa kenderaan.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, sebuah kereta Perodua Myvi turut disita dalam operasi bermula pukul 8 malam atas kesalahan gagal memperbaharui cukai jalan sejak dua tahun lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

Katanya, dalam operasi itu, sebanyak 121 buah kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan hasil daripada pemeriksaan 312 buah kenderaan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 205 notis dikeluarkan membabitkan P22 iaitu notis arah periksa dengan mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 142 notis.

Selain itu, sebanyak 23 notis PG1 iaitu larangan penggunaan kenderaan dan 40 notis Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu notis arah periksa kenderaan telah dikeluarkan.

Menurut beliau, dalam operasi sama, tiga individu ditahan selepas didapati positif dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Katanya, 10 saman turut dikeluarkan oleh polis atas pelbagai kesalahan trafik manakala tiada tangkapan dilakukan oleh Jabatan Imigresen.

Operasi selama dua jam itu juga menyasarkan pelbagai jenis kenderaan yang meliputi kesalahan-kesalahan peraturan jalan raya di bawah akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1959.

JPJ Perak melihat kepada kesalahan seperti lesen memandu, lesen kenderaan motor, penggunaan lampu depan Pelepasan Intensiti Tinggi (HID) putih, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan cermin gelap.

Operasi bersepadu itu disertai 87 pegawai dan anggota JPJ termasuk polis, AADK dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Perak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply